Tuesday, May 19, 2015

Kandiez Sunries (Kandis, Bachok Kelantan)






Seroja Inn Wakaf Che Yeh Kelantan


Satu lagi lokasi penginapan bajet, murah dan selesa yang mahu saya kongsikan kali ini ialah di Sri Seroja Inn, berada di tengah Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Menawarkan bilik yang selesa dengan harga berpatutan bermula dengan harga RM59 dan ke atas.
Lokasi penginapan ini sangat strategik kerana berada berdekatan dengan pelbagai lokasi beli belah strategik di Wakaf Che Yeh. Hanya 4 kilometer ke Kota Bharu.

Menyediakan kemudahan wifi, berhawa dingin dan pelbagai kemudahan lain.

Monday, May 18, 2015

Embunan Emas Homestay Kedah






Rose Garden Inn Kota Bharu Kelantan




Hubungi: 
09-746 2504


4273-G, Jalan Kebun Sultan
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Seri Nurfalah Kota Bharu Kelantan



Penginapan Seri Nurfalah satu lagi pilihan penginapan bajet untuk keluarga, bilik perseorangan atau persinggahan untuk percutian, majlis keraian dan sebagainya. Penginapan bajet ini mula beroperasi sejak 2010.

Bilik  Penginapan Seri NurFalah menyediakan 9 bilik untuk disewa. Terdapat 2 bilik yang ada 2 katil besar, 5 bilik yang ada satu katil besar dan satu katil single dan 2 bilik yang ada 2 katil single. Kadar sewa bermula serendah RM60 sehingga RM80. Kemudahan yang disediakan seperti:TV, bilik berhawa dingin, pancuran air panas, set sofa, ruang Pembuat kopi/teh, Pancuran air panas, Set sofa, Ruang parkir yang luas, Wifi.

Penginapan ini berdekatan dengan Restran Cik Siti, kedai nasi ulam dan nasi kukus. Hanya 2 kilometer ke Pusat Bandar Kota Bharu. Lokasi juga menghala ke beberapa pesisiran pantai, seperti Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama Bachok. Juga pilihan beli belah seperti Pasar Besar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh juga destinasi Rantau Panjang.

Boleh menghubungi Puan Saudah di talian 019-932 4228.

Lokasi:Kota Bharu, Kelantan.

Ziza Guest House Wakaf Che Yeh Kelantan


Ziza Guest House

Kali ini saya berkongsi satu lagi penginapan bajet, iaitu Ziza Guest House, berdekatan dengan Wakaf Che Yeh. Mula beroperasi sejak Disember 2011, Dua Semi D, yang dijadikan penginapan untuk percutian. Setiap satu mempunyai 3 bilik dan dua bilik air. Dilengkapi dengan perabot, set sofa, tv, penghawa dingin dan ruang letak kereta yang luas. Hubungi En. Roslizi Abdullah di talian 019-9258831, 013-9503370 dan 014-8088660.